Tekanan Komanwel Darurat Pakistan 2007

Keahlian Pakistan dalam Komanwel telah digantung dalam keputusan Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Momanwel (CHOGM 2007) yang diadakan di Kampala, Uganda. Setiausaha Agung Komanwel, Don McKinnon telah mengumumkan keputusan itu pada 23 November 2007. Pakistan didesak agar mengembalikan demokrasi dan peraturan undang-undang di Pakistan sebereapa segera demi kesejahteraan dan kebebasan rakyat majoriti. Namun keadaan politik Pakistan akan terus dipantau dalam tempoh kritikan tersebut. Satu delegasi Komanwel akan dihantar ke Pakistan seberapa segera.

Tindakan Peringkat Menteri Komanwel mengenai Deklarasi Harare (CMAG) yang dianggotai 53 negara sebulat suara menggantung keahlian Pakistan. Pada 12 November 2007, Pakistan telah diberi amaran oleh CMAG. Menteri-menteri yang terlibat dalam keputusan ini ialah Menteri Luar Malta, Michael Frendo, Mohlabi Kenneth Tsekoa, Menteri Luar Lesotho, Menteri Luar Sri Lanka (Rohitha Bogollagama), Menteri Luar Tanzania (Bernard Membe), Menteri Luar Papua New Guinea (Samuel Aba), Setiausaha Luar United Kingdom (David Miliband), Setiausaha Negara Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Antarabangsa Kanada (Helena Guergis) dan Timbalan Menteri Luar Malaysia (Datuk Joseph Salang).

CMAG menggesa Pakistan:

  • Pervez Musharraf memansuhkan segera peruntukan darurat.
  • Pemulihan sepenuhnya Perlembagaan Pakistan.
  • Pervez Musharraf hendaklah meletakkan jawatan sebagai ketua angkatan tentera Pakistan.
  • Pembebasan segera ketua parti politik dan aktivis yang dipenjarakan atau tahanan dalam rumah serta di lokap polis.
  • Menggugurkan semua sekatan mengenai siaran media
  • Mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.

Negara Malaysia dan Sri Lanka masih tidak sepakat berhubung penggantungan itu kerana politik Pakistan dilihat menuju ke arah yang positif. Negara-negara Komanwel tidak yakin Pervez Musharraf akan meletakkan jawatan ketua angkatan tentera dan menarik balik perintah darurat sebelum pilihan raya pada Januari 2008. Pembangkang akan mengambil kesempatan dari tindakan Komanwel ini untuk menjejaskan kestabilan politik di Pakistan.[1]